Saturday, September 4, 2010

Pengenalan kepada Komputer

Menyatakan Fungsi Komponen PC
Objektif:

Setelah mengikuti aktiviti ini anda dapat mengenal pasti fungsi bagi setiap komponen dalam kategori

a. Input,
b. Pemprosesan,
c. Output.

Prosedur:

Peserta akan menyatakan fungsi bagi setiap komponen yang ada.

Refleksi:
Peserta boleh menerangkan secara ringkas hubung kait dan saling bergantung antara komponen


Prosedur

1. Fungsi komponen input
  a. Papan kekunci merupakan peranti yang digunakan untuk berinteraksi dengan unit sistem dengan menaip maklumat.



  b. Tetikus merupakan alat yang digunakan untuk mengawal pergerakan penunjuk skrin.
    Tetikus merupakan alat yang digunakan untuk mengawal pergerakan penunjuk skrin.
2. Fungsi Komponen Pemprosesan
  a. Unit Pemprosesan Pusat
  b. Memori - Terdapat dua jenis memori utama iaitu RAM dan ROM
    i. RAM (Random Access Memory)
    Berfungsi sebagai storan sementara yang bergantung kepada bekalan kuasa elektrik di mana kandungannya akan terpadam apabila bekalan kuasa diputuskan.
    ii. ROM (Read Only Memory)
    Sejenis memori yang boleh menyimpan secara kekal arahan dan maklumat yang terkandung di dalamnya walaupun tanpa bekalan kuasa.
  c. Storan
    Pemacu cakera berperanan sebagai peranti storan sekunder dan peranti output /input yang terdiri daripada cakera liut dan cakera keras
3. Fungsi Komponen Output
  Sebagai peranti yang memaparkan hasil yang dilakukan oleh komputer.
  a. Monitor
    Memaparkan hasil pada skrinnya.
  b. Pencetak

Pengenalan kepada simbol Elektronik

  1. Bateri
    1. Bateri 9 Volt menghasilkan arus terus
  2. Diod Pemancar Cahaya - L.E.D.
    1. Ia adalah sejenis diod
    2. Dikenali sebagai "Light Emiting Diod"
    3. Digunakan untuk mengeluarkan cahaya dan isyarat
    4. Digunakan di dalam alatan elektronik seperti radio, TV, permainan, pemain CD/DVD
    5. Ia mempunyai kaki berkutub - negatif (katod) dan positif (anod)
    6. LED tidak boleh dibekalkan voltan melebihi 3 volt

    Bahagian LED

    Simbol LED
  3. Perintang Tetap Karbon
    1. Dibuat daripada karbon dan tanah
    2. Digunakan untuk mengurangan arus dan voltan
    3. Dibina dalam beberapa unit sukatan dan ditanda dengan kod warna

      perrintang tetap karbon
      ditandakan dengan 4 jalur warna

      Simbol perintang tetap karbon

      Kod WarnaNombor WarnaJalur Pertama/Kedua Bilangan Sifar Toleransi
      Hitam  0    
      Perang/Coklat  1  0   
      Merah  2  00   
      Oren/Jingga  000   
      Kuning  4  0000  
      Hijau  5  00000  
      Biru  6  000000  
      Ungu  7  0000000  
      Kelabu    
      Putih    
      Emas    5% 
      Perak    10% 
      Tiada warna    20% 
      Lagu Kod Perintang
      Haji Pak Mat Jaga Kampung Hanya Beli Ubi Kayu Putih
    Membaca Kod Perintang
       
    Kod Warna M M H   E
    1 2        
    2   2      
    3     0    
    4         5%
    Nilai Rintangan 2 2 - Ohm 5%

       
    Kod Warna M M O   E
    1 2        
    2   2      
    3     3    
    4         5%
    Nilai Rintangan 2 2 000 Ohm 5%
      22K Ohm  
  4. Perintang Boleh Laras
    1. Digunakan untuk mengubah rintangan dalam arus
    2. Sering digunakan dalam radio, tv dan unit pembesar suara


    Perintang boleh laras

    Simbol resistor
  5. Kapasitor
    1. Digunakan untuk menyimpas cas elektrik
    2. Jenis. Terdapat dua jenis
    Kapasitor berkutub

    Simbol Kapasitor Berkutub
    Kapasitor tanpa kutub

    Simbol kapasitor tanpa kutub
  6. Transistor
    1. Digunakan untuk meninggikan dan merendahkan arus. Berfungsi juga sebagai suis
    2. Jenis. Terdapat 2 jenis transistor
      1. Transistor NPN

        Binaan

        Simbol Transistor NPN
      2. Transistor PNP

        Binaan : N = Bahan Negatif ; P = Bahan Positif

        Simbol Transistor PNP
    3. Transistor mempunyai 3 kaki
      1. C = Pemungut (Collector)
      2. B = Tapak (Base)
      3. E = Pemancar (Emitter)
  7. Buzzer

    Simbol Buzzer
    1. Digunakan untuk menghasilkan bunyi berfrekuansi tinggi
    2. Digunakan dalam litar penggera
  8. Suis togel

    Simbol suis togel
    1. Dikenali sebagai suis satu kutub satu arah
    2. Digunakan untuk membuka dan menutup litar
  9. Suis tekan

    Simbol Suis tekan Hidup

    Simbol Suis Tekan Tutup
    1. Terdapat dua jenis , suis tekan tutup, dan suis tekan on
    2. Suis tekan tutup tidak membenarkan arus mengalir ketika butang (punat) ditekan.
    3. Suis tekan hidup (on) hanya akan membenarkan arus mengalis ketika butang (punat) ditekan.
  10. Suis Mikro

BAHAN PEMATRI



  1. Timah Patri
    1. Dibuat daripada campuran timah dan plumbum
    2. Gred timah patri ditentukan oleh peratusan campuran timah dan plumbum
    3. Gred timah patri yang biasa digunakan ialah 60:40 iaitu timah 60% dan plumbum 40%
  2. Fluks
    1. Dipanggil juga sebagai bahan lakur.
    2. Digunakan untuk menghindarkan oksida pada bahagian pematrian dan membantu menghasilkan pematrian yang kukuh.
  3. Bod Litar
    1. Bod litar bercetak
    2. Verobod

      Bahagian Atas

      Bahagian Bawah

ALATAN TANGAN ELEKTRONIK



  1. Playar Muncung Tirus

    - Digunakan untuk memegang komponen kecil dan membengkokkan kaki komponen
  2. Pemotong Sisi

    - Digunakan untuk memotong lebihan kaki komponen
  3. Penjalur Wayar

    Penjalur Wayar Mudah

    Penjalur Wayar Spring

    - Digunakan untuk memotong dan menjalur wayar
  4. Pemutar Skru

    Pemutar Skru rata

    Pemutar Skru Philips

    - Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan skru
  5. Alat Pematri Elektrik

    - Digunakan untuk mencairkan timah patri dan mengikat kaki komponen elektronik
  6. Stesen Pematri

    - Digunakan untuk meletakkan pematri yang panas dan mengawal suhunya
  7. Penyedut Patri

    - Digunakan untuk menyedut patri yang berlebihan atau membuang patri untuk pematrian semula

MEMBACA DAN MENTERJEMAH LUKISAN LITAR SKIMATIK



Trek dalam litar verobod di bawah sengaja diperlihatkan disebelah atas supaya pelajar lebih memahami sambungan litar.
Dalam keadaan sebenar trek berada di bawah
  1. Contoh litar 1

    Litar Bergambar

    Bateri 9V
    Perintang Tetap Karbon
    L.E.D.
    Wayar Pelompat

    Lukisan Skematik Litar 1
     
  2. Contoh litar 2

    Litar Bergambar

    Bateri 9V
    Perintang Tetap Karbon
    L.E.D.
    Wayar Pelompat
    Buzzer

    Lukisan Skematik Litar 2
     
  3. Contoh litar 3

    Litar Bergambar

    Bateri 9V
    Suis Togel
    Perintang Tetap Karbon
    L.E.D.
    Wayar Pelompat
    Buzzer

    Lukisan Skematik Litar 3
     
  4. Contoh litar 4

    Litar Bergambar

    Bateri 9V
    Suis Togel
    Kapasitor
    Perintang Tetap Karbon
    L.E.D.
    Transistor
    Wayar Pelompat
    Buzzer